Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Ramai Tebus Baucer RM30

SHAH ALAM – Inisiatif kerajaan negeri memperuntukkan perbelanjaan tambahan seperti baucar RM30 untuk kasut sekolah bagi mengurangkan bebanan keluarga digunakan golongan penerima sebaik-baiknya.

Kunjungan Sinar Harian ke premis cawangan jualan Bata mendapati ramai ibu bapa menebus baucar RM30 yang disalurkan oleh kerajaan negeri menerusi pemberian 600 baucar untuk setiap Dun di Selangor.

Temu bual dengan jurujual Bata memaklumkan sejak pemberian 15 Disember lalu, orang ramai berpusu-pusu menebus baucar kasut sekolah untuk kegunaan setiap anak mereka.

Jurujual, Mohd Aizal Hafiz Zaini berkata, baucar ini sah dari 15 Disember hingga 31 Januari dan pengenalan insentif ini sangat membantu meringankan bebanan ibu bapa terutamanya berpendapatan rendah.

“Bata menawarkan harga kasut sekolah serendah RM15 hingga RM34.99 dan baucar kerajaan negeri ini dilihat sangat sesuai sekali terutama dalam tekanan ekonomi negara seperti hari ini.

“Penebusan baucar paling rancak terutama pada hujung minggu dan ia berbaloi,” katanya.

Penebusan itu sekali gus menjawab isu kekeliruan baucar RM30 yang dikatakan tidak berpatutan malah ada yang menggunakan pendekatan lain sebagai ganti.

Kemaskini pada 2014-01-02 17:51:33 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page