Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Aktiviti di Sungai Batang Kali mempunyai lesen LUAS

ASYRAF MUHAMMAD | | 24 September 2021
image

HULU SELANGOR - [DIKEMASKINI] Semua aktiviti yang melibatkan sumber air di Sungai Batang Kali telah dilesenkan oleh Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) di bawah Peraturan-Peraturan Kemasukan atau Pelepasan Bahan Pencemaran (Negeri Selangor) 2012.

Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Orang Asli Selangor, Hee Loy Sian berkata, berdasarkan semakan, terdapat tiga aktiviti pencucian pasir dan dua aktiviti pertanian di kawasan sungai berkenaan.Beliau berkata, LUAS juga telah mengeluarkan Kebenaran Bertulis Aktiviti Pengubahan Sumber buat aktiviti mengorek pasir dan naik taraf jambatan serta tebing di sungai itu."Selain itu, LUAS mengeluarkan Lesen Abstraksi Air Permukaan melibatkan lapan premis dan sehingga kini tiada sebarang aduan diterima berkaitan premis yang dilesenkan di kawasan berkenaan serta gangguan kepada ekosistem," katanya dalam satu kenyataan, pada Jumaat.Loy Sian berkata demikian sebagai respons terhadap laporan sebuah agensi berita berkaitan keadaan di Sungai Batang Kali yang berpotensi tercemar.

Mengulas lanjut, Loy Sian memberitahu, siasatan awal LUAS di premis yang menjalankan aktiviti akuakultur seluas 0.41 hektar berhampiran sungai itu turut mendapati pemiliknya berdaftar dengan Jabatan Perikanan Negeri Selangor (JPNS) dan telah beroperasi selama 10 tahun.

"Semakan juga mendapati aktiviti premis berkenaan tidak tertakluk dengan Lesen Kemasukan atau Pelepasan Bahan Pencemar LUAS kerana keluasannya kurang 50 hektar," katanya.Dalam pada itu, Loy Sian berkata, berdasarkan rekod Jabatan Alam Sekitar (JAS), Indeks Kualiti Air di Sungai Batang Kali adalah baik dan berada pada kategori 2 sehingga kini.
 

Sumber Sinar Harian


Kemaskini pada 2021-09-27 08:44:42 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page