Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Penunggang jatuh tengah jalan, maut dirempuh kenderaan lain

MOHD HARIS FADLI MOHD FADZIL | | 25 September 2021
image
Motosikal dan lori terbakar sejurus kemalangan itu berlaku

HULU SELANGOR - Seorang penunggang motosikal maut akibat dilanggar kenderaan lain selepas motosikal ditungganginya hilang kawalan dan terbabas di Kilometer 418 arah selatan, Lebuhraya Utara Selatan di sini pada malam Jumaat.Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Arsad Kamaruddin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 10.30 malam berhubung kejadian tersebut.
"Kemalangan berlaku apabila motosikal jenis Yamaha Y15 ditunggang seorang lelaki tempatan terbabas dan terjatuh di lorong tengah kemudian datang sebuah lori yang tidak sempat mengelak, terus melanggar motosikal menyebabkan kedua-dua kenderaan terbakar.

Kereta Perodua Alza yang terbabit kemalangan di Kilometer 418, Lebuhraya Utara Selatan (arah selatan) pada malam Jumaat.
Kereta Perodua Alza yang terbabit kemalangan di Kilometer 418, Lebuhraya Utara Selatan (arah selatan) pada malam Jumaat.

"Kemudian dua buah kereta jenis Perodua Alza dan Proton Iswara yang tidak sempat mengelak melanggar mangsa yang berada di atas jalan," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Menurut Arsad, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat pelanggaran tersebut dan mayatnya dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk dibedah siasat.

 

Dalam pada itu, beliau meminta saksi kejadian supaya menghubungi pihak polis untuk membantu siasatan.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.


Sumber: Sinar harian

 


Kemaskini pada 2021-09-27 08:56:54 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page