Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Mayat wanita tersangkut dahan pokok dalam sungai

ENGKU SHARIFUL AZNI | | 26 September 2021
image
Pihak bomba berjaya mengeluarkan mangsa yang ditemui tersangkut pada dahan pokok dalam sungai berhampiran pusat percutian di sini pada Ahad.

BATANG KALI - Seorang wanita ditemui maut dan tersangkut pada dahan pokok dalam sungai berhampiran sebuah pusat percutian di Jalan Batang Kali - Genting, di sini pada Ahad.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 1.11 petang.

Menurutnya, seramai lapan orang anggota berlainan pangkat dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu bergegas ke lokasi kejadian dan tiba pada jam 1.40 petang.

“Setibanya di sana, pihak bomba menemui seorang wanita dianggarkan berusia 30-an tersangkut pada dahan pokok yang berada dalam sungai.

“Pihak bomba mengambil mayat dan menyerahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Identiti mangsa bagaimanapun masih belum dikenal pasti,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
 


Kemaskini pada 2021-09-29 09:13:27 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page