DASAR PRIVASI & KESELAMATAN || BANTUAN|| 
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
jata jata2 PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

Peniaga Masih Kekal Harga

BUKIT BERUNTUNG - Pengurus Restoran Taqwa, Jalan Adenium, Bukit Beruntung, Yasan Mohd Ishak berkata, walaupun harga ais naik premis mereka tetap mengekalkan harga minuman kerana kenaikan itu dianggap tidak beri kesan kepada perniagaannya.

“Lagi pun kami dapat sedikit kelebihan daripada pembekal. Kalau sebelum ini beli 10 paket harga biasa, tapi sekarang beli 10 dapat percuma sepaket. Jadi harga minuman masih dapat kami kawal dan tiada
kenaikan,” katanya.

Sementara itu, tinjauan di Restoran Ameer Ali yang diusahakan peniaga Melayu di kawasan sama, masih meletakkan kadar harga yang standard.

Pekerjanya yang ditemui berkata, kenaikan harga ais setakat ini tidak beri kesan kepada harga minuman.

“Restoran ini baru dua hari beroperasi, jadi harga minuman masih standard,” katanya yang enggan namanya dikenali.

Kemaskini pada 2014-01-10 18:06:13 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page