Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Pemuda lemas ketika mandi Sungai Kedondong

AHMAD ISMADI ISMAIL | | 02 Oktober 2021

image
Anggota Bomba dan Penyelamat menemui mangsa lemas di Sungai Kedondong di sini pada jam 5 petang.

HULU SELANGOR - Kegembiraan tujuh sahabat mandi di Sungai Kedondong, Batang Kali di sini bertukar tragedi apabila salah seorang daripada mereka dilaporkan lemas pada Sabtu.Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 3.56 petang."Mayat lelaki berusia 22 tahun itu ditemukan lemas pada jam 5.15 petang dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Menurutnya seramai enam anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu ke lokasi kejadian dan lapan pegawai dari Unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam serta Pelabuhan Klang membantu operasi tersebut.

Sumber : Sinar Harian


Kemaskini pada 2021-10-04 09:00:13 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page