Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Liputan 4G di Hulu Selangor capai 99.99 peratus

| | 05 Oktober 2021

image
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Inisiatif Jalinan Digital Negara (Jendela) telah meningkatkan liputan 4G bagi kawasan berpenduduk di Parlimen Hulu Selangor kepada 96.66 peratus, setakat suku kedua tahun ini, berbanding 88.89 peratus dalam tempoh yang sama tahun lalu.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata, jumlah premis yang mendapat capaian gentian optik juga telah meningkat daripada 4,120 premis pada suku kedua 2020 kepada 25,007 premis pada Ogos lalu.

“Selain pembinaan menara telekomunikasi dan satelit, kerajaan juga akan melaksanakan penyediaan infrastruktur jalur lebar menggunakan kaedah Point of Presence (PoP) hab gentian optik yang merupakan salah satu alternatif dalam memastikan jaringan dan liputan infrastruktur jalur lebar dapat diperluas ke kawasan sekitar sekolah dan berpenduduk dengan lebih baik.

“Pelaksanaan ini akan menjadikan lokasi berhampiran sekolah luar bandar sebagai hab untuk menyediakan infrastruktur jalur lebar gentian optik untuk kegunaan sekolah, kawasan perindustrian, premis-premis kerajaan berhampiran dan masyarakat sekelilingnya,” katanya ketika menjawab usul kamar khas oleh June Leow Hsiad Hui (PH-Hulu Selangor) yang ingin tahu impak pelan Jendela bagi Hulu Selangor.

Menjelas lanjut, Zahidi berkata, fasa satu pelan itu akan melibatkan 630 lokasi berhampiran sekolah dan fasa dua pula akan melibatkan 3,693 lokasi berhampiran sekolah di kawasan luar bandar di seluruh negara.

Menurutnya, sebanyak 432,300 premis akan menerima perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi apabila projek itu siap kelak.

“Keseluruhan jumlah PoP di kawasan luar bandar di negeri Selangor adalah sebanyak 224 dan daripada jumlah itu pula sebanyak 54 adalah di Parlimen Hulu Selangor,” katanya. - Bernama
 


Kemaskini pada 2021-10-06 09:18:23 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page