Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Lebih Tiga Tahun Tidak Dipedulikan

  • Lebih tiga tahun tak dipedulikanZaki menunjukkan siling surau yang bocor.
< 1 / 1 >

HULU YAM - Keadaan surau di Kampung Orang Asli Gurney yang semakin uzur memerlukan perhatian sewajarnya daripada pihak berwajib.

Siak surau berkenaan, Zaki Mohd Rafi, 32, berkata, struktur surau tidak kukuh manakala silingnya bocor di beberapa tempat menyebabkan lantai surau turut rosak.

“Masalah surau ini sudah lebih tiga tahun tidak dipedulikan pihak jabatan agama. Siling sudah reput dan bocor, kalau hujan air masuk dalam surau.

“Tengoklah elektrik pun main sambung-sambung saja langsung tidak selamat dan tidak sempurna,” katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, terdapat beberapa individu daripada agensi berkaitan dikatakan pernah melawat surau berkenaan dan mengambil gambar bagi tujuan pembaikpulihan, namun sehingga kini tidak ada sebarang maklumat mahupun tindakan lanjut dilakukan bagi menyelesaikan masalah tersebut.

Menurutnya, keadaan surau yang terbiar lebih tiga tahun seperti memperlihatkan ketidakseriusan pihak berwajib menyelesaikan masalah tersebut.

“Saya bukanlah tok siak seperti di surau-surau lain yang berjawatan dan bergaji tapi sukarela dan ikhlas buat kerja bersihkan surau ini sebab kalau tidak ada yang buat begini kotor surau ini.

“Tapi untuk baiki kerosakan ini saya memang tidak berkemampuan. Ini (elaun siak) sebenarnya bukanlah masalah besar pada saya cuma saya harap masalah ini (surau) diberi perhatian,” katanya.

Zaki turut merasakan masalah surau tersebut hanya berlaku di kampung mereka kerana dia tidak pernah mendengar ada kampung orang asli lain yang berdepan masalah sama.

Sambil rasa terkilan, Zaki merasakan perkampungan mereka seperti dipinggirkan.

Menurut Zaki lagi, bangunan surau tersebut digabungkan dengan kelas tadika di mana, surau di tingkat atas dan tadika di bawah.

Namun yang dikesali, keadaan surau tidak seindah kelas tadika tersebut.

Dalam pada itu, Sinar Harian dimaklumkan menerusi Pejabat Agama Islam Daerah (Paid) Hulu Selangor, siasatan berhubung perkara tersebut akan dilakukan termasuk meneliti semula rekod laporan terdahulu berkaitan permohonan membaikpulih surau berkenaan.

Menurut sumber Paid, hanya terdapat dua perkampungan Orang Asli yang pernah mengemukakan permohonan membaikpulih surau, namun tidak termasuk Kampung Orang Asli Gurney.


Kemaskini pada 2014-02-05 13:05:10 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page