Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Pencemaran Sungai Batang Kali dedah kelompangan undang-undang

| | 18 Oktober 2021

image
Sungai Batang Kali di sini yang pada ketika ini dikategorikan sebagai Kelas 2 air bersih, dikatakan semakin “ditekan” pencemaran akibat pelbagai aktiviti manusia sehingga menjejaskan kelestarian ekosistemnya. - Foto fail Bernama

 

KUALA LUMPUR - Masa depan Sungai Batang Kali yang berpotensi menjadi sungai mati dan pernah disiarkan Bernama pada bulan lepas, masih kabur lantaran tidak ada pihak yang dilihat 'benar-benar' bertanggungjawab terhadap isu pencemaran sungai di negara ini.

Di sebalik kewujudan pelbagai agensi dan pihak berkuasa yang terlibat dalam pengurusan dan pemuliharaan sungai, isu Sungai Batang Kali jelas menunjukkan lompang yang agak luas dalam perundangan berkaitan sungai di Malaysia.

Dalam konteks Sungai Batang Kali, lompang itu ditunjukkan oleh pelepasan air sisa kolam ikan yang tidak tertakluk kepada peruntukan undang-undang sedia ada.

Permasalahan ini dibangkitkan oleh pakar kualiti air, Dr Zaki Zainudin dalam temu bual bersama Bernama baru-baru ini mengenai nasib sungai sepanjang 20 kilometer yang terletak di laluan ke Genting Highlands itu, menyusuli kenyataan Exco Pelancongan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Orang Asli Selangor, Hee Loy Sian.

Hee menjelaskan kepada Bernama bahawa aktiviti akuakultur yang berkeluasan 0.41 hektar itu tidak terikat di bawah Peraturan-Peraturan Kemasukan atau Pelepasan Bahan Pencemar (Negeri Selangor) 2012 kerana keluasannya kurang daripada 50 hektar.

Bagaimanapun, kesemua aktiviti lain yang melibatkan sumber air sungai berkenaan seperti pencucian pasir dan penternakan lain, dilesenkan di bawah peraturan tersebut, kata Loy Sian.

Beliau juga menyatakan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) telah mengeluarkan Kebenaran Bertulis Aktiviti Pengubahan Sumber kepada dua aktiviti pengorekan pasir serta dua aktiviti naik taraf jambatan dan tebing sungai serta Lesen Abstraksi Air Permukaan membabitkan lapan premis yang berkenaan.

Keadaan ini menurut Zaki menimbulkan kebimbangan dan persoalan akan masa depan sungai berkenaan biarpun aktiviti akuakultur itu beroperasi secara sah dari segi undang-undang kerana berdaftar dengan Jabatan Perikanan Negeri Selangor dan mempunyai Lesen Abstraksi Air LUAS hingga akhir tahun ini.
 


Kemaskini pada 2021-10-20 11:10:44 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page