Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Kukurikulum baharu Mulai April

  • Kurikulum baharu mula AprilValluvan (kanan) mendengar penerangan daripada Samy ketika melawat akademi memandu tersebut semalam.
< 1 / 1 >

KUALA KUBU BHARU - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan memperkenalkan kurikulum baru dalam pengambilan lesen memandu bermula pada April tahun ini.

Pengarah JPJ Negeri Selangor, V.Valluvan berkata, pelaksanaan kurikulum baru itu bertujuan memastikan kadar kemalangan jalan raya dapat dikurangkan.

“Kita telah mengambil beberapa langkah untuk memastikan kadar kemalangan jalan raya menurun, sebab itu satu kurikulum baharu yang akan dilancarkan pada 1 April ini.

“Kurikulum ini lebih menjurus kepada perubahan sikap kerana kemalangan berlaku di negara ini kebanyakan oleh sikap yang tidak mengikut peraturan.

“Jadi mereka yang mengambil lesen selepas bulan April akan menggunakan kurikulum baru itu,” katanya kepada media selepas mengadakan lawatan kerja ke Akademi Memandu PS Samy Sdn Bhd semalam.

Hadir sama, Pengarah Urusan Akademi Memandu PS Samy, PS Samy.

Valluvan berkata, JPJ telah mengenal pasti masalah sikap dan emosi pengguna ketika berada di jalan raya yang menjadi faktor penyumbang kepada kemalangan.

Menurutnya, pengguna suka berlumba dan memandu mengikut emosi.

Menurutnya, setiap tahun seramai 7,000 orang meninggal dunia dan dalam sehari 19 orang meninggal dunia disebabkan kemalangan jalan raya, maka langkah itu antara usaha kerajaan dalam mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.

Beliau turut menyentuh mengenai My Lesen yang diperkenalkan dengan bayaran RM198 yang beri keutamaan kepada penunggang motosikal yang tidak berlesen.

Katanya, JPJ memahami bahawa institut memandu mempunyai kaedah bayaran selaras kepada pelajar yang mengambil lesen dan berharap institut memandu membantu dalam usaha mendapatkan lesen kerana My Lesen akan dilaksanakan keseluruhannya oleh institut memandu sementara JPJ hanya menyelaras.


Kemaskini pada 2014-02-14 11:17:48 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page