Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Hanya Dibayar RM400 Sebulan

  • Hanya dibayar RM400 sebulanGaji PPMS Tabika Kemas di seluruh negara perlu diselaraskan mengikut gaji minimum.
< 1 / 1 >

HULU SELANGOR - Kadar gaji Pembantu Pemaju Masyarakat Sukarela (PPMS) di Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) Kemajuan Masyarakat (Kemas) dikatakan terlalu rendah sehingga menghimpit kehidupan kakitangan separa kerajaan itu.

Seorang PPMS yang hanya dikenali sebagai Salmah, 43, berkata, mereka hanya dibayar gaji RM400 sebulan dan jumlah itu dianggap terlalu rendah.

“Kami kerja seawal jam 7 pagi. Lima hari seminggu jaga kanak-kanak, memasak, buat kerja kebun dan kadang-kadang mengajar seperti guru bila guru tetap bercuti.

“Sudahlah gaji RM400, dapat pula lambat. Nak masuk bulan kedua baru dapat gaji. Sesiapa pun tak dapat tahan. Bukan sekali berlaku, tapi tiap-tiap tahun begitulah keadaannya,” katanya ketika ditemui bersama beberapa PPMS lain.

Menurutnya, masalah itu bukan saja dialami oleh PPMS Tabika Kemas di Selangor malah di Perak dan berkemungkinan di seluruh negara kerana itu adalah kadar yang selaras dan termaktub dalam Senarai Tugas PPMS.

Seorang lagi PPMS yang dikenali sebagai Nur, 45, berkata, mereka sedar PPMS bukan penjawat awam dan berstatus sukarela namun jika dilihat dari beban atau tanggungjawab tugasan meliputi tugas seorang Pembantu Pemaju Masyarakat (PPM) yang bergred penjawat awam.

“Kami mana boleh ambil cuti sakit, tapi kalau nak cuti kena bayar RM20 sehari.

“Sepatutnya kami juga layak untuk menerima gaji minima seperti disarankan Perdana Menteri sebab kami bekerja di bawah Kemas yang berada dalam Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah,” katanya.

Menurutnya, gaji seorang PPMS sebelum ini hanya RM200 sebulan dan dinaikkan kepada RM400 pada 2010 dan sepatutnya dinaikkan kepada RM900 selaras dengan gaji minima.

Nur juga menggesa agar PPMS diserap ke dalam gred penjawat awam sebagai PPM dan layak menerima segala insentif disediakan kerajaan.

“Masalah ini pernah kami ajukan kepada pihak atasan namun sehingga kini belum ada tindakan susulan diambil.

“Macam masalah cuti, kami bukan saja tidak diberi cuti malah kalau ada aktiviti atau program Kemas pada cuti umum atau hujung minggu, kami disyaratkan hadir tanpa sebarang elaun,” katanya.

Sumber Sinar Harian


Kemaskini pada 2014-02-14 11:41:59 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page