Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Terpaksa Tunda Majlis Ke Maghrib

  • Terpaksa tunda majlis ke MaghribKebakaran yang memusnahkan rumah Abdul Karim semalam. - Foto Sinar Harian
< 1 / 1 >

HULU SELANGOR - “Semua barangan hantaran pertunangan anak kelima kami hangus. Cincin emas, pakaian, kasut dan lain-lain tak dapat selamatkan. Cuma, nasib baik barangan persiapan merisik untuk anak yang ketujuh sudah dipindahkan,” kata bapa kepada sembilan anak, Abdul Karim Ahmad, 54, menceritakan kesan kemusnahan rumah mereka dalam kejadian kebakaran pagi semalam.

Menurutnya, keluarganya sepatutnya menerima rombongan merisik anak kelimanya selepas waktu Zuhur semalam, namun terpaksa ditunda berikutan musibah itu.

Katanya, majlis merisik juga terpaksa ditunda daripada waktu Asar kepada Maghrib bagi membolehkan mereka membuat persiapan.

“Sepatutnya, kami terima rombongan merisik anak kelima lepas Zuhur hari ini (semalam). Tapi bila dah jadi begini terpaksalah kami tunda ke waktu Maghrib.

“Asalnya pun tunda selepas waktu Asar tapi kami tak dapat siapkan apa-apa jadi bawa kepada waktu Maghrib,” katanya ketika ditemui semalam.

Abdul Karim berkata, dia reda walaupun kebakaran yang berlaku kira-kira jam 8.30 pagi itu memusnahkan rumah yang didiami lebih 30 tahun lalu dan menyebabkan mereka tinggal sehelai sepinggang.

Namun, dia tetap sedih kerana barangan hantaran anak ketujuhnya yang baru melangsungkan majlis pertunangan Disember lalu turut musnah.

Menceritakan detik kejadian, Abdul Karim berkata, dia dan isteri keluar sarapan pagi di Pekan Behrang manakala anak-anaknya keluar bekerja.

“Masa pakcik dalam perjalanan balik dari minum pagi ada rakan beri isyarat pasal rumah saya terbakar tapi bila dekat rumah dah nampak api dan asap tebal.

“Pakcik cuba juga masuk rumah sebab nak selamatkan dokumen dan barangan penting tapi api dah besar.

“Pakcik tak dapat buat apa-apa, duduk tepi jalan, tengok rumah terbakar,” katanya.

Katanya, dua jentera bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu dan Tanjung Malim tiba bagi memadam kebakaran.

Menurutnya, berdasarkan maklumat awal bomba kebakaran tersebut dipercayai berpunca daripada litar pintas yang bermula daripada ruang tamu rumah mereka.

Jelasnya, kebakaran itu menyebabkan kerugian lebih RM30,000.

Tambahnya, mereka kini  menetap sementara di sebuah rumah keluarga di Felda Gedangsa.

Sementara itu, Pegawai Khas Ahli Parlimen Hulu Selangor, Muhammad Fauzi Manivanan Abdullah turut hadir menyampaikan bantuan barangan makanan harian dan wang tunai.


Kemaskini pada 2014-02-24 09:52:04 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page