Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Kepala air: 11 mangsa termasuk bayi terkandas

NORAFIZA JAAFAR | | 22 November 2021
image
 

HULU SELANGOR - Bayi berumur setahun antara 11 mangsa yang dilaporkan terkandas di seberang sungai di air terjun Sungai Pinang Jalan Batang Kali, pada Isnin.


Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.40 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Sentosa tiba ke lokasi 14 minit kemudian.
Menurutnya, kejadian berpunca daripada kepala air susulan hujan lebat dan kerja-kerja menyelamat sedang dilakukan anggota bertugas.
Operasi membawa mangsa keluar sedang dilakukan.

 

"Setakat jam 9.45 malam, anggota bomba berjaya ke lokasi mangsa terperangkap. Kesemua mangsa berada di pondok yang mempunyai bekalan elektrik dan dalam keadaan selamat," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, mangsa terdiri daripada lima kanak-kanak lelaki dan tiga perempuan serta seorang lelaki dewasa dan dua wanita.

Katanya, kesemua mereka adalah daripada dua keluarga yang datang dari Sungai Buloh ke air terjun itu untuk berkelah.
 

Sumber : Sinar Harian


Kemaskini pada 2021-11-23 08:13:24 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page