Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

300kg sampah dikutip di Sungai Kedondong

NORAFIZA JAAFAR | | 24 November 2021
image
Aktiviti riadah sambil mengutip sampah oleh peserta yang menjayakan projek CSR di kawasan rekreasi Sungai Kedondong, Batang Kali pada Selasa.

HULU SELANGOR - Botol minuman, plastik dan pakaian antara sampah seberat 300 kilogram (kg) yang dikutip melalui projek tanggungjawab sosial korporat (CSR) di kawasan rekreasi Sungai Kedondong, Batang Kali pada Selasa.
Program tersebut dijalankan oleh syarikat MR D. I. Y Trading Sdn Bhd bersama Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS).

MPHS dalam satu kenyataan berkata, seramai 80 orang sukarelawan termasuk kakitangan MPHS dan MR D. I. Y, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Hulu Selangor, Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Perhutanan Daerah dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) menjayakan program melestarikan alam itu.

Menurut kenyataan itu, projek CSR tersebut melibatkan aktiviti 'plogging' iaitu berlari sambil mengutip sampah, baik pulih wakaf dan mengecat bangunan yang terdapat di kawasan rekreasi tersebut. "Fokus utama projek ini dilaksanakan adalah berikutan masalah pembuangan sisa buangan yang ditinggalkan oleh pengunjung yang berkunjung di kawasan tersebut," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Program tersebut dihadiri Yang Dipertua MPHS, Mohd Hasry Nor Mohd dan Pengerusi MR D.I. Y, Dato Azlam Shah Alias. Pada program itu, simbolik pemasangan papan tanda utama serta papan tanda amaran turut dilakukan.


Kemaskini pada 2021-11-25 10:39:44 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page