Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Tahan azab dihempap forklift

MOHD IZZATUL IZUAN TAHIR | | 02 Disember 2021
image
Seorang wanita berusia 28 tahun terpaksa menahan sakit apabila kaki kirinya dihempap forklift di sebuah kilang

HULU SELANGOR - Seorang wanita terpaksa menahan sakit apabila kaki kirinya dihempap jentera angkat susun (forklift) di sebuah kilang di Jalan Kemunting Bukit Beruntung, di sini pada Rabu.Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.56 petang. Menurutnya, seramai sembilan anggota dan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Sentosa dikejarkan ke tempat kejadian.

"Bomba yang tiba di tempat kejadian mendapati wanita berusia 28 tahun itu berada di sebelah forklift selepas pekerja kilang berjaya mengeluarkan kaki kiri mangsa yang dihempap jentera tersebut," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.Norazam berkata, mangsa kemudian dibawa ke Hospital Selayang untuk mendapatkan rawatan lanjut."Operasi sepenuhnya tamat pada jam 6.50 petang," ujarnya.

Sumber : Sinar Harian


Kemaskini pada 2021-12-06 11:11:50 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page