Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

MPHS serbu kilang tanpa lesen

MOHD IZZATUL IZUAN TAHIR | | 02 Disember 2021
image
Kilang perkhidmatan sewaan dan penyelenggaraan jentera pembinaan diserbu MPHS berikutan beroperasi tanpa lesen di kawasan perindustrian Zurah Rasa di sini pada Selasa.

SHAH ALAM - Sebuah kilang perkhidmatan sewaan dan penyelenggaraan jentera pembinaan yang beroperasi tanpa lesen diserbu di kawasan perindustrian Zurah Rasa di sini pada Selasa.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) dalam kenyataannya memaklumkan, operasi secara bersepadu jam 9 pagi itu disertai seramai 15 kakitangan MPHS dan dua pegawai polis.Menurutnya, semasa serbuan dilakukan, anggota operasi mendapati premis terbabit sedang beroperasi dan pemeriksaan lanjut dilakukan di sekitar premis.

"Hasil semakan mendapati struktur atau bangunan kilang tersebut tidak mempunyai Kebenaran Merancang (KM) dan Pelan Bangunan daripada pihak MPHS," katanya dalam satu kenyataan media pada Khamis.

Kenyataan itu memberitahu, anggota operasi turut mendapati premis dalam keadaan kotor dengan pengurusan sisa kilang tidak teratur.

"Tindakan kompaun dan pematuhan notis selama 14 hari dikenakan terhadap premis atas kesalahan menjalankan pemajuan tanpa kebenaran MPHS dan permohonan lesen perniagaan kilang tersebut gagal diperoleh," katanya.
 

 


Kemaskini pada 2021-12-08 08:08:53 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page