Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Lima mangsa termasuk kanak-kanak terperangkap banjir diselamatkan

NOOR AZLIDA ALIMIN | | 19 Disember 2021
image
Pasukan bomba dan penyelamat membatu memindahkan mangsa yang terperangkap dalam banjir di Jambatan Kuala Kali, Hulu Selangor pada Ahad

HULU SELANGOR – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Balai Bukit Sentosa menyelamatkan lima mangsa banjir termasuk seorang kanak-kanak berusia setahun, yang terperangkap di Jambatan Kuala Kali, pada jam 1053 pagi Ahad.Komander Operasi, PgKB II Samsol Maarif berkata, laporan awal memaklumkan kesemua mangsa dilaporkan terperangkap dan tidak dapat keluar ke lokasi selamat.Menurutnya, seramai 10 anggota bomba bertindak menyelamatkan tiga warga Indonesia iaitu masing-masing seorang kanak-kanak lelaki, wanita dan lelaki.
 

“Kesemua mangsa yang terlibat kemudiannya dibawa ke lokasi selamat dan diserahan kepada majikan untuk ke pusat penempatan sementara (PPS) Kampung Chuang Rasa di sini.“Menerusi sesi menyelamat kedua, seorang lelaki tempatan diselamatkan menggunakan bot dan tidak memerlukan penginapan di pusat pemindahan sementara,” katanya.
 

Sumber :Sinar Harian


Kemaskini pada 2021-12-20 17:13:13 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page