Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Pil Bomba Tidak Berfungsi

  • Pili bomba tak berfungsiPili bomba yang didakwa penduduk tidak berfungsi berikutan tiada kerja penyelenggaraan dilakukan.
< 1 / 1 >

LEMBAH BERINGIN - Penduduk di kawasan perumahan Lembah Beringin mendakwa pili bomba di kawasan itu tidak berfungsi dengan baik berikutan tiada kerja penyelenggaraan dilakukan.

Malah penduduk juga bimbang masalah pili bomba itu akan menyebabkan penduduk berhadapan dengan risiko keselamatan akibat kebakaran belukar yang berlaku hampir setiap hari di sini.

Penduduk, Tan Sri Nordin Tardi, 62, berkata, masalah tersebut perlu dipandang serius kerana dikhuatiri menjadi punca bencana kebakaran.

“Sekarang ini kami sudah  ambil inisiatif atasi masalah air tapi timbul pula masalah pili bomba.

“Jadi ia perlu dipandang serius pihak berkaitan kerana dibimbangi berlaku kejadian tidak diingini pada masa akan datang,” katanya.

Seorang lagi penduduk, Mohd Amran Sulaiman, 52, berkata, penduduk bimbang jika penyelenggaraan pili bomba tidak dilakukan masalah lebih buruk akan berlaku.

Dia mendakwa, masalah pili bomba berlaku di kebanyakan tempat dalam kawasan Lembah Beringin.

Menurutnya, setakat ini tidak pernah berlaku kebakaran serius melibatkan kediaman penduduk di kawasan itu namun langkah pencegahan perlu dilakukan segera.

Dalam pada itu, Ketua Balai Bomba Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kuala Kubu Bharu (JBPM KKB), Noor Azhar Tajudin berkata, pihaknya akan membuat pemeriksaan drastik ke kawasan yang didakwa penduduk.

“Saya akan minta anggota buat pemeriksaan di kawasan dilaporkan dan buat pengeluaran air. Kita akan buka pili untuk melihat ada air atau tidak,” katanya.

Noor Azhar yang sedang bertugas di lokasi kebakaran hutan di kawasan Sungai Tengi semalam berkata, sekiranya masalah yang dilaporkan itu berlaku, maka tindakan pembaikan akan dilakukan segera.


Kemaskini pada 2014-03-17 08:17:34 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page