Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Pergerakan keluar masuk punca Felda sering dikenakan PKPD

MOHD IZZATUL IZUAN TAHIR | | 12 Januari 2022

image
Idris (tiga dari kanan) menandatangani plak perasmian di komputer tablet pada Majlis Pra Pelancaran Felda Digital Maker Hub Coding dan Robotik di SK Gedangsa di Hulu Selangor pada Rabu.

HULU SELANGOR - Pergerakan keluar masuk dan lokasi kediaman berhampiran antara satu sama lain menjadi punca kawasan rancangan Felda sering dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
Pengerusi Felda, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, kawasan rancangan itu diibaratkan seperti taman yang sering dikunjungi orang awam.

"Felda ini macam taman yang biasa didatangi orang luar masuk ke kawasan itu dan amat rapat dengan penduduk," katanya pada sidang akhbar ketika Majlis Pra Pelancaran Felda Digital Maker Hub Coding dan Robotik di Sekolah Kebangsaan (SK) Gedangsa di sini pada Rabu.

Idris sehubungan itu mengingatkan penduduk di Felda supaya setiasa berjaga-jaga supaya tidak berlaku penularan wabak Covid-19 dalam kalangan penduduk.

"Kita kena lebih berhati-hati memandangkan kawasan Felda ini penduduknya tinggal berhampiran satu sama lain.

"(Potensi) penularan lebih tinggi mungkin kerana kawasan (perumahan Felda) terletak berhampiran," katanya.
 


Kemaskini pada 2022-01-12 16:31:46 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page