Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Sebahagian mangsa banjir di Felda sudah terima bantuan

MOHD IZZATUL IZUAN TAHIR | | 12 Januari 2022
image
Idris (tiga dari kiri) melihat plak perasmian pada Majlis Pra Pelancaran Felda Digital Maker Hub Coding dan Robotik di Sekolah Kebangsaan (SK) Gedangsa di Hulu Selangor, pada Rabu.
 

HULU SELANGOR - Sebahagian daripada 4,600 mangsa banjir di 42 kawasan rancangan Felda seluruh negara sudah menerima bantuan akibat banjir baru-baru ini.
Pengerusinya, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, bantuan itu disalurkan bagi meringankan beban terutama mereka yang kehilangan banyak harta-benda.
Beliau berkata, bantuan dihulurkan itu meliputi pelbagai saluran termasuk daripada kerajaan.

"Kita juga turun membantu mereka yang terkesan akibat bencana ini," katanya pada sidang akhbar di Majlis Pra Pelancaran Felda Digital Maker Hub Coding dan Robotik di Sekolah Kebangsaan (SK) Gedangsa di sini pada Rabu.

Idris berkata, banjir yang melanda di tanah rancangan Felda bagaimanapun tidak terlalu serius berbanding di tempat lain.

"Peneroka Felda juga difahamkan menerima bantuan dan sumbangan lebih hasil daripada sumbangan pelbagai pihak," ujar beliau.


Kemaskini pada 2022-01-19 08:09:41 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page