Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Mafi pantau kesan krisis Rusia-Ukraine terhadap agromakanan negara

28 Februari 2022|| SINAR HARIAN
image
Ronald Kiandee

HULU SELANGOR - Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) akan memantau kesan krisis di antara Rusia dan Ukraine terhadap sektor agromakanan negara.Menteri berkenaan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, ini kerana Malaysia mempunyai kebergantungan terhadap barangan yang dikeluarkan negara terbabit dan sebarang krisis sudah tentu mengakibatkan kesan besar terhadap industri agromakanan.

Beliau berkata, jika krisis itu berpanjangan, kerajaan tidak menolak untuk melaksanakan langkah alternatif termasuk menggalakkan penggunaan baja organik dalam sektor pertanian bagi menggantikan baja kimia.

Ini katanya, selepas mengambil kira bahawa Rusia adalah antara pengeluar baja utama dunia.

"Kami akan meneliti perkara itu malah kami sudah mempromosikan penggunaan baja organik di samping baja kimia yang ada.

"Industri baja organik juga telah berkembang di negara ini dan mampu mengeluarkan pelbagai jenama untuk kegunaan dalam sektor pertanian,” katanya kepada pemberita selepas melawat ladang penternak ayam penelur dan ayam pedaging di sini, pada Isnin.

Ronald juga berpendapat kenaikan harga makanan haiwan ternakan yang menjejaskan pengeluaran ayam dan telur baru-baru ini telah menonjolkan keperluan Malaysia untuk memiliki dasar baharu iaitu menggalakkan penanaman jagung dalam industri pertanian.

Beliau berkata, ini adalah langkah jangka panjang bagi mengurangkan kebergantungan negara terhadap pengimportan makanan haiwan ternakan dari luar seperti Argentina dan Brazil.Ketika ini, kerajaan memberikan subsidi berjumlah RM528.52 juta kepada industri ternakan ayam bagi membantu pengusaha menanggung kos pengeluaran susulan peningkatan harga makanan haiwan ternakan itu.

"Subsidi ini akan diberi untuk tempoh empat bulan dan selepas itu, kerajaan akan kaji sama ada ia disambung atau dihentikan,” katanya.Pengumuman pemberian subsidi pada awal Februari itu adalah sebanyak 60 sen bagi setiap kilogram kepada penternak ayam pedaging serta lima sen sebiji kepada pengeluar telur dan permohonan untuk mendapatkannya dibuka mulai hari ini hingga 6 Jun depan. - Bernama
 


Kemaskini pada 2022-03-03 23:03:20 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page