Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

MPHS bina pusat pengeluaran kompos

image
Mohd Hasry menandatangani plak perasmian Pusat Pengeluaran Kompos Bukti Beruntung pada Khamis.

HULU SELANGOR - Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) mewujudkan sebuah pusat pengeluaran kompos bagi memastikan sisa penyelenggaraan landskap tidak dihantar ke tapak pelupusan.


Yang Dipertuanya, Mohd Hasry Nor Mohd berkata, pusat pengeluaran kompos yang dibina di Bukit Beruntung itu mampu menjadi sebahagian daripada usaha mencapai matlamat pembangunan mampan ke-11 iaitu bandar dan komuniti mampan.

"Sisa penyelenggaraan landskap dan sisa pemotongan rumput diharap tidak lagi dibuang ke tapak pelupusan sampah dengan kewujudan pusat pengeluaran kompos ini," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.


Beliau memberitahu, aktiviti pengkomposan itu merupakan satu sistem alternatif dan proses penguraian biologi kos rendah kepada sistem pengurusan sisa pepejal sedia ada.

Jelas beliau, kewujudan pusat itu juga dapat meningkatkan nilai tambah dalam usaha membudayakan landskap di peringkat daerah dan seterusnya ke peringkat lebih tinggi.

"Pada masa sama hasil–hasil kompos boleh dijadikan sebagai salah satu sumber pendapatan MPHS," jelasnya.

Kata beliau, saban tahun sisa penyelenggaraan pokok teduhan oleh MPHS berjumlah kira-kira 450 tan metrik sebulan, manakala sisa pemotongan rumput yang dihasilkan pula menghampiri 109 tan metrik sebulan.

"Sisa itu kemudiannya dihantar ke pusat pelupusan Sungai Sabai dan kaedah konvensional ini tidak selaras dengan dasar MPHS ke arah perbandaran bestari melalui tadbir urus yang cekap dan efisien," katanya.
 

Sumber : Sinar Harian

 


Kemaskini pada 2022-04-21 07:52:30 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page