Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

MPHS sedia tong RORO percuma sempena aidilfitri

SINAR HARIAN | ENGKU SHARIFUL AZNI
image

 

SHAH ALAM - Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) menyediakan 79 tong ‘Roll On Roll Off’ (RORO) besaiz tiga tan dalam kawasan seliaanya bagi memudahkan orang ramai membuang sampah pukal sempena Hari Raya Aidilfitri ini.


MPHS menerusi satu kenyataan pada Sabtu memaklumkan tong tersebut diletakkan di sekitar Hulu Selangor iaitu Batang Kali, Bukit Beruntung, Bukit Sentosa, Kuala Kubu Bharu dan beberapa kawasan lain yang sesuai.

Menurut kenyataan tersebut, kutipan sampah pukal tersebut akan dilakukan secara berperingkat bermula Isnin depan hingga 28 April ini.


"MPHS berharap penduduk memberikan kerjasama dengan membuang sampah pukal tersebut ke dalam tong RORO yang disediakan bagi memudahkan kontraktor melakukan kutipan dan menjaga kawasan sekitar kekal bersih.

“Sampah sisa domestik dan sampah dapur dilarang sama sekali dibuang ke dalam tong RORO ini.

“Sebarang pertanyaan berhubung perkhidmatan tong RORO, sila hubungi Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam, MPHS di talian 03-60641331 atau 03-60641050,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.


Kemaskini pada 2022-04-21 07:55:15 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page