Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Op Samseng: 87 saman di lokasi lumba haram

MOHD HARIS FADLI MOHD FADZIL | | 30 April 2022
image
Sebanyak 87 saman dikeluarkan dalam Ops Samseng Jalanan di Jalan Sungai Tua-Ulu Yam, Hulu Selangor. pada Sabtu.

HULU SELANGOR - Sebanyak 87 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dalam Op Samseng Jalanan di laluan tumpuan untuk berlumba haram di Jalan Sungai Tua-Ulu Yam di sini, pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Arsad Kamaruddin berkata, op tersebut adalah untuk mencegah aktiviti lumba haram di kawasan tersebut.

"Bagaimanapun objektif utama operasi ini adalah untuk memberi kesedaran dengan mengambil tindakan saman ke atas pesalah jalan raya."Polis turut memberi nasihat kepada orang awam supaya lebih berhemah dalam pemanduan terutama di kawasan-kawasan yang berselekoh tajam bagi mengelakkan peningkatan kemalangan jalan raya," katanya dalam kenyataan, pada Sabtu.Beliau berkata, sementara itu sebanyak 998 saman trafik dikeluarkan sejak Januari hingga Sabtu menerusi 16 Op Samseng Jalanan yang dijalankan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Hulu Langat sepanjang tahun ini.Arsad berkata, sebanyak 3,226 saman dikeluarkan dalam 96 operasi yang dijalankan BSPT Hulu Langat sepanjang tahun 2021.

"Operasi berterusan akan dijalankan untuk mengingatkan pengguna jalan raya agar sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas ditetapkan," katanya.
 


Kemaskini pada 2022-05-10 07:58:03 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page