Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Banjir kilat landa beberapa kawasan di Hulu Selangor

NORAFIZA JAAFAR | | 16 Mei 2022
image
Banjir di Taman Serendah Makmur. - Foto Abby Sabihah

 

HULU SELANGOR - Beberapa kawasan di daerah Hulu Selangor dilanda banjir kilat susulan hujan berterusan lebih tiga jam pada Isnin. Difahamkan hujan bermula jam 12 tengah hari dan masih berterusan sehingga jam 5 petang.Berdasarkan beberapa hantaran di halaman Facebook MyHuluselangor, orang awam telah berkongsikan keadaan banjir kilat antaranya di Kerling, Kampung Kelapa dan depan persimpangan Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Kuala Kubu Bharu.
Paras sungai di Kampung Jaya Kerling. - Foto tular

Pengendali Facebook berkenaan memaparkan rakaman video depan persimpangan Maktab PDRM yang jalan berkenaan dinaiki air namun masih boleh dilalui kenderaan ringan.Manakala pemilik akaun Abby Sabihah telah berkongsi keadaan banjir lumpur dalam kawasan perumahan di Taman Serendah Makmur pada halaman Facebook sama.Shaiful Faiz Roslee turut meninggalkan komen, menunjukkan keadaan rumah abangnya di Kampung Kelapa digenangi banjir dengan keadaan bahagian tayar Perodua Kancil yang diletakkan di hadapan rumah telah tenggelam.
 

Setakat ini, Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor (JBPM) belum mengeluarkan sebarang kenyataan lokasi banjir susulan hujan berterusan melanda beberapa kawasan di Selangor pada Isnin.Selain itu, JBPM Kuala Lumpur turut memaklumkan tidak menerima laporan banjir di ibu kota susulan hujan lebat setakat jam 5 petang.

Sumber : Sinar Harian


Kemaskini pada 2022-05-17 08:37:32 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page