Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Pengagihan Air berjadual peringkat ke-4

SHAH ALAM 1 APRIL: Pengagihan air berjadual peringkat keempat di Lembah Klang yang bermula Jumaat ini akan membabitkan 620,237 pintu rumah di sembilan wilayah.

Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) Datuk Ismail Kasim berkata sembilan wilayah terbabit ialah Gombak, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Kuala Lumpur, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.

penjadualan air seluruh selangor

Peringkat keempat ini yang akan dilaksana sehingga 30 April membabitkan 6.7 juta penduduk di Selangor dan Kuala Lumpur. 
Katanya kaedah pengagihan dikekalkan iaitu setiap zon menerima bekalan air selama dua hari diikuti dengan dua hari catuan. Beliau berkata agihan berjadual itu berikutan paras air di empangan utama di Selangor masih rendah kerana kadar hujan yang turun di kawasan tadahan sejak 16 Mac lepas adalah sedikit.

Menurut Datuk Ismail Peringkat Pertama Pengagihan Air Berjadual yang bermula pada 27 Feb bagi kawasan Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang akan diteruskan kerana Loji Rawatan Air (LRA) Cheras Batu 11 dan Bukit Tampoi masih ditutup berikutan kandungan amonia di dalam sungai masih tinggi.

Untuk jadual sila lihat: PELAN CATUAN KEEMPAT_versi 14_2

 
 

Kemaskini pada 2014-04-03 08:49:05 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page