Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

MPHS sita premis kendali pakaian lusuh tepi sungai

ENGKU SHARIFUL AZNI | | 02 Jun 2022

HULU SELANGOR - Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) menyita sebuah premis yang menjalankan aktiviti mengumpul dan menjual sisa pakaian lusuh di Lot 792, Jalan KKB – Rasa (Ladang Ulu Selangor), Rasa, di sini tanpa kebenaran.

MPHS menerusi satu kenyataan memaklumkan, tindakan diambil kerana kegiatan tersebut berdekatan dengan jalan utama dan jaraknya dengan anak sungai kira-kira 150 meter hingga 200 meter yang berpotensi mengakibatkan pencemaran.

Menurut kenyataan tersebut, operasi dilaksanakan oleh 17 pegawai MPHS daripada pelbagai jabatan bersama dua anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Keadaan tepi anak sungai yang dipenuhi pakaian lusuh dan sampah.
Keadaan tepi anak sungai yang dipenuhi pakaian lusuh dan sampah.

"Siasatan mendapati premis berkenaan tidak mempunyai kelulusan atau kebenaran daripada mana-mana agensi dan gagal mengemukakan sebarang dokumen kepada MPHS.

"MPHS menyita sebuah lori treler dan sebuah eskavator yang digunakan di premis tersebut di bawah UUK3 & 38(1), Undang-Undang Kecil Tred, Perniagaan & Perindustrian MDHS (2007)," katanya pada Khamis.

Dalam pada itu, MPHS memaklumkan pemantauan terhadap aktiviti seumpamanya akan diteruskan dari masa ke masa.


Kemaskini pada 2022-06-02 11:38:55 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page