Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

'Ada tong sampah tapi tak pandai guna'

NORAFIZA JAAFAR | | 10 Jun 2022
image
Sampah dibuang oleh dua individu meskipun terdapat tong sampah berhampiran di Desa Kelisa, Ulu Yam pada Rabu.

HULU SELANGOR - Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) kesal dengan tindakan dua individu selepas didapati membuang sampah secara haram di Desa Kelisa, Ulu Yam pada Rabu.

Yang Dipertua MPHS, Mohd Hasry Nor Mohd berkata, individu tersebut dikesan membuang sampah bukan di tempat sepatutnya walaupun telah disediakan tong sampah yang jaraknya kurang 20 meter dari lokasi.

Menurutnya, MPHS menerima aduan tersebut pada hari sama dan pemilik kenderaan tersebut telah dikenal pasti serta akan dipanggil untuk siasatan lanjut.

"Terdapat tong sampah besar disediakan bagi pengumpulan sisa domestik yang jaraknya tidak sampai 20 meter dan masih kosong.

"Ini menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab segelintir individu yang mengambil mudah dengan aktiviti tidak bermoral tersebut, " katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, pelaku boleh dikenakan tindakan kompaun di bawah Undang-undang Kecil (UUK) 24(1), UKK Pemungutan, Pembuangan, dan Pelupusan Sampah Sarap (MDHS) 2007 dengan tawaran tidak melebihi RM1,000.

Tambahnya, sikap tidak bertanggungjawab itu bukan sahaja menimbulkan rasa kurang selesa malah mengakibatkan pencemaran dan menjejaskan kesihatan orang awam.

"Isu kebersihan bukan terletak pada tanggungjawab pihak berkuasa tempatan (PBT) sahaja tetapi penduduk Hulu Selangor juga turut memainkan peranan sama bagi menjamin kesihatan dan kesejahteraan penduduk.


Kemaskini pada 2022-06-13 07:53:08 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page