Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Mayat wanita OKU ditemukan di bawah pokok

AHMAD ISMADI ISMAIL | | 13 Jun 2022
image

 

HULU SELANGOR - Mayat seorang wanita kurang upaya (OKU) ditemukan di bawah pokok di jalan utama di Taman Desa Kiambang Serendah di sini pada Isnin.


Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Arsad Kamarudin berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kes itu pada jam 8.13 pagi."Pengadu mendakwa ternampak wanita itu terbaring di bawah pokok tersebut pada jam 7.15 pagi."Siasatan mendapati wanita berkenaan berusia 40 tahun dan juga pemegang kad OKU," ujarnya.Arsad berkata, pegawai perubatan mengesahkan wanita berkenaan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Siasatan lanjut dan pemeriksaan fizikal yang dijalankan ke atas mayat mangsa tidak menemukan sebarang kesan luka atau unsur-unsur jenayah."Satu kertas siasatan dibuka dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.Dalam pada itu, Arsad meminta masyarakat untuk tampil ke balai polis berhampiran sekirannya mempunyai maklumat berkaitan kes berkenaan bagi membantu siasatan.
 

Sumber : Sinar Harian


Kemaskini pada 2022-06-14 07:52:33 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page