Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Ibu Tunggal Dapat Bantuan PKM

HULU BERNAM - Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dun Hulu Bernam menyalurkan sumbangan kira-kira RM7,000 kepada seorang ibu tunggal yang menjadi mangsa ribut minggu lalu.

Pengerusinya, Mohamad Idris Ahmad berkata, sumbangan tersebut bagi membaiki struktur rumah mangsa yang rosak serta bumbung yang diterbangkan angin.

“Pembinaan bumbung rumah keseluruhan kos lebih kurang RM7,000. Kutipan sumbangan turut diperoleh daripada lima Ahli Majlis Daerah Hulu Selangor Pas sebanyak RM2,500 dan Penghulu Hulu Bernam Utara turut hulur bantuan tabung bencana.

"Bantuan ini bagi meringankan beban ibu tunggal enam anak ini dan memberi keselesaan mereka tinggal di rumah ini,” katanya selepas melawat rumah mangsa di Kampung Serigala.

Turut hadir, Ketua Kampung Serigala, Pirus Abdul Aziz, Penghulu, Mohammad Jamali dan Ahli Majlis, Rozlinah Ahmad.

Sementara itu, Pirus berkata, kejadian ribut itu berlaku pada petang 28 Mac lalu ketika kebetulan beliau berada di kedai runcit bersebelahan rumah mangsa.

“Masa tu lebih kurang jam 6.30 petang. Kebetulan saya baru balik daripada Kuala Lumpur, singgah sini kejap. Nampak angin tu. Masa tu hanya ada dua orang dalam rumah.

Mujur tak ada yang cedera cuma angin terbangkang bumbung rumah saja,” katanya.
Manakala, ibu tunggal terbabit, Rozita Ahmad, 44, berkata, ketika kejadian dia sedang bekerja di Hentian Rehat dan Rawat Tapah bahagian kuih tradisional.

“Masa kejadian tu anak saya telefon suruh balik, bumbung rumah terbang katanya. Saya yang cemas terus tutup kedai selepas majikan benarkan. Sampai rumah jam 8.30 malam.

"Saya betul-betul risau bila fikirkan di mana anak-anak nak tinggal. Bantuan ini amat bermakna dan syukur sangat," katanya sambil mengucapkan terima kasih atas bantuan yang diberikan.


Kemaskini pada 2014-04-05 14:00:16 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page