Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Tiga maut kereta bertembung treler

MOHD HARIS FADLI MOHD FADZIL | | 30 Jun 2022

image
Pasukan penyelamat membawa keluar mangsa dari dalam kenderaan. Foto Bomba

HULU SELANGOR - Tiga maut selepas kereta dinaiki bertembung sebuah treler membawa muatan cerucuk konkrit dalam nahas di hadapan Pusat Perkembangan Kemahiran Kebangsaan Serendah, di sini awal pagi Khamis.Mangsa yang maut dikenali sebagai B Janani Sri, 25; PS Thamilselvam, 25, dan PS Sasitaran,18.Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Arsad Kamaruddin berkata, kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 4.30 pagi selepas Perodua Myvi berkenaan yang menghala ke Antara Gapi telah masuk ke laluan bertentangan.

"Seorang pemandu dan dua penumpang dalam Perodua Myvi meninggal dunia di tempat kejadian dan dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk dibedah siasat."Manakala pemandu lori dibawa ke klinik di sekitar Rawang kerana mengalami kecederaan di bahagian dada," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Keadaan treler terbabit selepas kemalangan tersebut. Foto Bomba
Keadaan treler terbabit selepas kemalangan tersebut. Foto Bomba

 

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada 4.30 pagi.

"Sebaik tiba, pasukan penyelamat mendapati kemalangan membabitkan dua kenderaan iaitu Perodua Myvi dan treler yang dipercayai telah bertembung."Kereta berkenaan dipercayai dalam perjalanan dari Rawang ke Serendah manakala treler datang dari arah bertentangan," katanya.
 

Sumber : Sinar Harian

 


Kemaskini pada 2022-07-01 08:09:18 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page