Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

188 kawasan Hulu Selangor alami gangguan air bermula 9 Ogos

NORAFIZA JAAFAR | | 26 Julai 2022
image
Sebanyak 188 kawasan di Hulu Selangor bakal mengalami gangguan bekalan air pada 9 Ogos depan.

SHAH ALAM - Sebanyak 188 kawasan di Hulu Selangor bakal mengalami gangguan bekalan air pada 9 Ogos depan susulan kerja penambahbaikan dan penyelenggaraan aset Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Rasa.Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menerusi kenyataan di Facebook pada Selasa memaklumkan, pelaksanaan kerja-kerja berkenaan telah mendapat kelulusan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) bagi menaiktaraf sistem bekalan air demi keselesaan pengguna pada masa hadapan.

Menurut kenyataan itu, tempoh gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan terjejas adalah berbeza, bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan pada sistem agihan bekalan air.
"Gangguan air akan bermula jam 9 pagi, 9 Ogos dan akan kembali disalurkan kepada pengguna secara berperingkat bermula jam 1 pagi, 10 Ogos setelah kerja siap dan sistem agihan bekalan air distabilkan."Bekalan air dijangka akan pulih sepenuhnya pada jam 1 pagi, 11 Ogos," kata kenyataan itu.

Antara kawasan dijangka mengalami gangguan adalah Pekan Rawang, Rawang Tin, Bandar Country Homes, Batu Arang, Kundang Batang Kali, Ulu Yam, Bukit Beruntung, Sungai Choh dan Kota Emerald serta Serendah.Menurut kenyataan itu, pengguna boleh mendapatkan maklumat dari semasa ke semasa gangguan bekalan air tersebut menerusi aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Air Selangor di talian 15300.Tambah kenyataan itu, pertanyaan dan aduan juga boleh diajukan di Help Centre di laman sesawang www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor.

Sumber : Sinar Harian


Kemaskini pada 2022-07-27 08:07:06 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page