Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Penunggang maut,pembonceng parah motosikal terbabas

oleh AHMAD ISMADI ISMAIL 08 September 2022 02:21pm 
Keadaan motosikal milik mangsa yang terbabit dalam kemalangan di kilometer 11 Jalan Sungai Choh-Bukit Beruntung pada Khamis.
Keadaan motosikal milik mangsa yang terbabit dalam kemalangan di kilometer 11 Jalan Sungai Choh-Bukit Beruntung pada Khamis.

HULU SELANGOR - Seorang penunggang motosikal maut manakala pemboncengnya cedera parah apabila motosikal yang dinaiki mereka terbabas lalu melanggar sebatang pokok di kilometer 11 Jalan Sungai Choh-Bukit Beruntung pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah berkata, dalam kejadian jam 5.50 pagi itu, seorang lelaki berusia 19 tahun bersama seorang perempuan berusia 18 tahun menaiki motosikal Yamaha Lagenda dalam perjalanan dari sebuah apartment di Bukit Beruntung menghala ke Sungai Choh.

"Apabila tiba di lokasi kejadian, motosikal yang dinaiki kedua-dua mangsa itu telah hilang kawalan lalu melanggar sebatang pokok di kiri bahu jalan," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Suffian berkata, akibat daripada kemalangan itu, lelaki yang juga penunggang motosikal meninggal dunia di tempat kejadian.

"Mayat mangsa telah di bawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk dibedah siasat manakala pembonceng motosikal yang cedera parah di bawa ke Hospital Selayang untuk rawatan lanjut," jelas beliau.

Dalam pada itu, Suffian berkata, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kemalangan terbabit diminta tampil menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," ujarnya.


Kemaskini pada 2022-09-12 10:52:19 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page