Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Bom lama disangka besi buruk

oleh MUHAMMAD AMINNURALIFF 10 September 2022 05:10pm

Bom lama yang ditemui di kawasan rekreasi Sungai Kedondong berhampiran Jalan Batang Kali-Genting Highland pada Sabtu.
Bom lama yang ditemui di kawasan rekreasi Sungai Kedondong berhampiran Jalan Batang Kali-Genting Highland pada Sabtu.

HULU SELANGOR - Dua lelaki tidak menyangka objek yang disangka besi buruk rupa-rupanya sebutir bom lama yang ditemui ketika memancing di kawasan rekreasi Sungai Kedondong berhampiran Jalan Batang Kali-Genting Highland di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah berkata, bom lama itu ditemui dua pemancing kira-kira jam 2 petang.

 

"Salah seorang individu yang merupakan seorang peniaga berumur 42 tahun kemudiannya menghubungi pihak polis bagi memaklumkan penemuan bom tersebut.

"Bom lama itu dianggarkan seberat 50 kilogram ditemui tertanam sebahagian daripadanya," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Bagaimanapun beliau berkata, bom berkenaan sudah tidak aktif.

"Siasatan mendapati bom lama ini telah dijatuhkan dari kapal terbang semasa pendudukan Jepun dahulu.

"Ukuran lilit dan panjang bom adalah 42 inci," katanya.

Menurutnya, bom tersebut kemudian dimusnahkan oleh sepasukan anggota daripada Unit Bom Bukit Aman dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor.

"Bom dimusnahkan kira-kira jam 2.50 petang," katanya.


Kemaskini pada 2022-09-12 10:55:17 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page