Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Paras Empangan Meningkat

  • Paras empangan meningkatPenduduk lega apabila Empangan Sungai Selangor menunjukkan peningkatan hari demi hari.
< 1 / 1 >

EMPANGAN Sungai Selangor yang membekalkan kira-kira 60 peratus air ke Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor mencatatkan peningkatan berdasarkan hujan setiap hari sepanjang tiga minggu pada Mei ini.

Pada 4 Mei lalu, paras takungan dicatatkan 40.68 peratus manakala semalam, takungan Empangan Sungai Selangor terus meningkat kepada 41.37 peratus.

Perkara ini memberikan sedikit kelegaan kepada pengguna di Lembah Klang.

Kapasiti empangan ini sekiranya penuh adalah sebanyak 235,320,000 meter padu.

Reka bentuk empangan ini pula ialah 400 meter luas di kaki, 800 meter panjang dan 110 meter tinggi, terdiri daripada 1.2 juta meter padu teras tanah liat dan 6.4 juta meter padu granit.

Dalam tempoh aliran rendah, air dari takungan empangan akan dilepaskan ke dalam sungai bagi memastikan bekalan air mentah yang mencukupi untuk pengambilan air di hilir.


Kemaskini pada 2014-05-15 17:49:02 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page