Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Motosikal terbabas, warga emas maut diseret lori pasir

oleh AHMAD ISMADI ISMAIL 14 September 2022   

Penunggang motosikal dilaporkan maut di lokasi kemalangan di kilometer 433 Lebuhraya Utara Selatan di sini pada Rabu.
Penunggang motosikal dilaporkan maut di lokasi kemalangan di kilometer 433 Lebuhraya Utara Selatan di sini pada Rabu.

 

HULU SELANGOR - Seorang lelaki warga emas maut selepas motosikal ditunggangnya terlibat kemalangan dengan sebuah lori sebelum terbakar di kilometer 433 Lebuhraya Utara Selatan di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah berkata, dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi, mangsa berusia 66 tahun itu dalam perjalanan dari Tanjung Malim, Perak ke Subang, sebelum motosikal jenis Yamaha LC telah terbabas sendiri di lorong kiri dan dilanggar oleh sebuah lori.

 

"Penunggang motosikal itu, kemudian diseret sejauh kira-kira 200 meter, lalu kedua-dua kenderaan itu terbakar."Mangsa telah meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala pemandu lori berusia 27 tahun tidak mengalami apa-apa kecederaan," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
 

Suffian berkata, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat."Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu diminta tampil bagi membantu siasatan," ujarnya.
Keadaan lori yang terbabit dalam kemalangan di kilometer 433 Lebuhraya Utara Selatan di sini pada Rabu.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan kes tersebut pada jam 6.24 pagi.
"Sepasukan sembilan anggota dan pegawai dari Balai Bomba Bukit Sentosa bersama jentera bergegas ke lokasi kejadian."Setibanya di lokasi, kita mendapati kemalangan melibatkan sebuah motosikal dengan sebuah lori muatan pasir."Mangsa bersama motosikalnya telah diseret dan berlaku kebakaran pada kepala lori dan juga motosikal tersebut, api berjaya dipadamkan oleh pihak bomba," katanya.


Kemaskini pada 2022-09-15 08:09:20 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page