Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Polis siasat ibu dukung anak buat 'flying fox'

oleh AHMAD ISMADI ISMAIL13 November 2022 09:59pm

Video tular yang memaparkan seorang wanita memegang anak ketika melakukan aktiviti ‘flying fox’ di Kuala Kubu Bharu di sini.
Video tular yang memaparkan seorang wanita memegang anak ketika melakukan aktiviti ‘flying fox’ di Kuala Kubu Bharu di sini.

 

HULU SELANGOR – Polis telah membuka kertas siasatan berhubung kejadian seorang wanita memegang anak ketika melakukan aktiviti ‘flying fox’ di Kuala Kubu Bharu di sini.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah berkata, pihaknya menerima satu laporan berhubung video tular berkaitan kejadian itu.

 

Balai Polis Kuala Kubu Bharu menerima laporan berhubung video tular memaparkan seorang wanita melakukan aktiviti sukan lasak yang berbahaya (flying fox) sambil memegang anak dengan mengabaikan keselamatan dirinya dan kanak-kanak itu.

“Kita telah membuka kertas siasatan dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001 Pindaan 2006," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, masyarakat diminta bertenang dan tidak gusar berhubung isu tular tersebut.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan isu yang sedang tular itu boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor di talian 03-60641223," katanya.


Kemaskini pada 2022-11-14 09:36:27 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page