Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Siri jelajah labuh tirai

oleh NORAFIZA JAAFAR05 Disember 2022
   
Amirudin Shari memberikan penerangan inisitif kerajaan negeri pada Jelajah Selangor Penyayang pada Ahad. - FOTO SINAR HARIAN/ROSLI TALIB
Amirudin Shari memberikan penerangan inisitif kerajaan negeri pada Jelajah Selangor Penyayang pada Ahad. - FOTO SINAR HARIAN/ROSLI TALIB

 

HULU SELANGOR- Siri Jelajah Selangor Penyayang melabuhkan tirainya di Hulu Selangor selepas enam bulan menjelajah ke sembilan daerah bagi memberikan penerangan berkenaan program-program kerajaan negeri.Program yang dilancarkan sejak Jun lalu bermula di Hulu Langat, disusuli Kuala Langat, Kuala Selangor, Petaling, Gombak, Sabak Bernam, Klang, Sepang dan terakhir di Hulu Selangor.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kesemua siri jelajah yang diadakan itu mendapat sambutan dan penyertaan yang baik dalam kalangan rakyat.“Alhamdulillah, ini menunjukkan kesedaran masyarakat untuk mengetahui inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri semakin baik.
 

“Antara yang mendapat sambutan adalah Skim Air Darul Ehsan (SADE) dan program saringan.

“Ini termasuk mereka yang mengambil vaksin meningococcal dan influenza yang ditawarkan kerajaan negeri turut mendapat penyertaan yang begitu ramai daripada masyarakat,” katanya pada Ahad.

Amirudin berkata, pihaknya yakin penyertaan orang ramai termasuk warga emas dan anak muda itu mampu memperkukuhkan lagi usaha kerajaan negeri memastikan semua rakyat Selangor mendapat manfaat 44 program di bawah Iltizam Selangor Penyayang.

 

Kemaskini pada 2022-12-08 14:35:44 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page