Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Tiada kelibat buaya di Tasik Serendah-Perhilitan

Oleh Norafiza

Gambar di lokasi ketika pemantauan dilakukan kakitangan Perhilitan Selangor pada Isnin.
 

HULU SELANGOR - Tiada kelibat buaya kelihatan di Tasik Serendah sewaktu pemantauan dilakukan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Selangor pada Isnin.

Pengarah Perhilitan Selangor, Dennis Ten Choon Yung berkata, siasatan dilaksanakan pada jam 1.40 tengah hari dan mendapati tiada tanda kehadiran reptilia itu di tasik berkenaan."Sepanjang siasatan dijalankan, kami tidak menemui sebarang tanda kehadiran hidupan liar terbabit seperti dilaporkan.

"Perhilitan Selangor akan menjalankan pemantauan berterusan dari semasa ke semasa dan menasihati orang ramai agar berhati-hati," katanya.Pada Isnin, tular di media sosial mengenai kelibat haiwan didakwa seekor buaya sedang bersantai di Tasik Serendah bersebelah stesen komuter di sini. Gambar beserta rakaman video haiwan itu dikongsikan di Facebook MyHuluSelangor.


Kemaskini pada 2022-12-13 08:44:10 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page