Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Tragedi Batang Kali : Operasi pencarian 9 mangsa diteruskan

oleh IZWAN ROZLIN20 Disember 2022 09:40am

Operasi mencari dan menyelamat di lokasi tragedi diteruskan pada hari kelima pada Selasa.
 

Operasi mencari dan menyelamat di lokasi tragedi diteruskan pada hari kelima pada Selasa.

BATANG KALI - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) baki sembilan mangsa hilang dalam bencana tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Jalan Genting, di sini masuk hari kelima pada Selasa.

Agensi penyelamat utama terlibat adalah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM).

Turut terlibat Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

Tinjauan Sinar Harian setakat jam 9 pagi, keadaan cuaca baik dan operasi boleh diteruskan.

Khidmat Unit Anjing Pengesan (K9) selain penggunaan jentera pengorek (excavator) dan 'Ground Penetrating Radar' (GPR) akan diteruskan bagi mengesan mangsa di dalam tanah.

Petugas penyelamat dilihat mula menyusun kembali gerak dalam usaha mencari baki sembilan mangsa yang masih hilang.
 

Pada Isnin, pergerakan anggota pasukan penyelamat yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) di lokasi kejadian dikurangkan bagi memastikan keselamatan semua pihak berada pada tahap yang terbaik.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah berkata, langkah itu diambil bagi memastikan supaya ancaman kepada anggota pasukan penyelamat dikurangkan.

Ini kerana pasukan penyelamat terpaksa berdepan dengan keadaan tanah lembik,lecak dan berkedalaman kira-kira 16 meter.

Dalam kejadian pada Jumaat, pihak bomba menerima panggilan kecemasan berkenaan kejadian itu pada jam 2.24 pagi.

Seramai 94 mangsa terlibat dalam tragedi menyayat hati itu.

 


Kemaskini pada 2022-12-20 10:04:15 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page