Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Runtuh sejak 2012

image

KUALA KUBU BHARU - Sudah dua tahun berlaku, namun masalah cerun runtuh di belakang Taman Seri Rasa masih lagi tidak diambil perhatian pihak berkaitan.

Setiausaha Persatuan Penduduk Taman Seri Rasa, Irwan Effendy Yahya berkata, masalah itu sudah berlaku sejak 2012 dan dipercayai berpunca dari sistem perparitan yang tidak sempurna.

Menurutnya, tanah runtuh itu berlaku di tepi Jalan Angsana 7 dan berpunca apabila air longkang di taman ini mengalir dari pembetung bersaiz 0.9 meter keluar ke pembetung bersaiz 0.6 meter.

"Bila sampah tersangkut, air melimpah ke kawasan cerun. Hujan sedikit saja dah sebabkan longkang tersekat dan melimpah," katanya.

Irwan berkata, persatuan penduduk sudah mengemukakan aduan kepada pihak berkuasa tempatan pada 2012, namun masih belum ada tindakan penyelesaian diambil.

"Jarak asal cerun itu daripada longkang 1.2 meter dan sekarang runtuhan semakin hampir ke jalan dan turut merosakkan struktur pembetung.

“Tak ada langkah pengawalan dan ia turut beri kesan pada jalan sehingga mendap dan merekah termasuk struktur longkang serta lantai rumah," katanya.

Penduduk, Norazali Abdul Rahman, 40, berkata, penduduk sudah mengambil inisiatif pada peringkat awal runtuhan dikesan dengan menambak simen kawasan atas tebing bagi mengelak runtuhan lebih besar.

Bagaimanapun katanya, ketiadaan kawalan berkesan menyebabkan runtuhan terus berlaku.

“Sekarang tanah mendap, jalan merekah jadi kita risau berlaku runtuhan lebih besar,” katanya.

Dalam pada itu, Adun Kuala Kubu Bharu, Lee Kee Hiong ketika melawat kawasan tersebut berkata, beliau memandang serius masalah yang dihadapi penduduk di taman tersebut dan menggesa pihak berwajib mengambil langkah sewajarnya dan segera menyelesaikannya.

Menurutnya, sejak tiga minggu kebelakangan ini runtuhan cerun tersebut bertambah lebar dan membimbangkan penduduk.

“Saya sudah dimaklumkan mengenai punca keadaan ini dan ia tak sepatutnya berlaku. Tapi sekarang kita ambil jalan penyelesaian awal dengan membuat saluran daripada pembetung terus ke sungai di bawahnya.

“Kita juga mengambil langkah menutup kawasan itu agar tidak dilalui kenderaan berat dan kita pasang pengikat tanda amaran supaya orang tahu itu kawasan merbahaya,” katanya.

Beliau berkata, pemantauan juga akan dilakukan dalam tempoh sebulan termasuk melihat keperluan menggunakan peralatan sesuai untuk melihat jika berlaku sebarang pergerakan tanah dan mengenal pasti sama ada ia akan memberi kesan lebih serius.

Setelah itu katanya, beliau akan melihat langkah sesuai untuk mengatasi masalah tersebut.

“Sebenarnya, kos rawatan cerun ini menjangkau ratusan ribu ringgit. Kalau dilihat tidak merbahaya maka keutamaan peruntukan kepada perkara lain.

“Tapi kita tidak boleh membiarkan runtuhan berterusan. Rekahan juga antara masalah yang timbul namun pihak kami akan melihat jika bertambah serius akan gunakan peruntukan kecemasan," katanya. 

 

 


Kemaskini pada 2014-06-02 11:56:14 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page