Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

[VIDEO] Tanah runtuh: Laung azan ikhtiar cari mangsa hilang

21 Disember 2022 05:22pm

Seorang anggota bomba melaungkan azan di lokasi kejadian tanah runtuh sebagai ikhtiar dalam operasi mencari baki mangsa pada Rabu.

Seorang anggota bomba melaungkan azan di lokasi kejadian tanah runtuh sebagai ikhtiar dalam operasi mencari baki mangsa pada Rabu.

 

HULU SELANGOR – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm di Jalan Genting di sini pada Rabu dimulakan dengan laungan azan.

Laungan azan itu dikumandangkan oleh seorang anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata, perkara itu salah satu ikhtiar dilakukan.

"Ini adalah salah satu ikhtiar pasukan operasi," katanya ringkas kepada Sinar Harian pada Rabu.

Beliau bagaimanapun tidak mengulas sejak bila ikhtiar itu dilaksanakan. Pada jam 11.15 pagi, satu mayat lelaki dewasa ditemui di sektor B (farmview).

Ini menjadikan jumlah mangsa korban tanah runtuh yang berjaya ditemui adalah sebanyak 26 orang.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada Rabu masih diteruskan lagi bagi mencari baki tujuh mangsa yang masih hilang.


Kemaskini pada 2022-12-22 12:03:38 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page