Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Tanah runtuh: Empat mayat tertimbus dalam satu khemah

oleh MUHAMMAD AFHAM RAMLI22 Disember 2022 01:19pm

Suffian pada sidang akhbar perkembangan terkini di lokasi tanah runtuh di Batang Kali pada Khamis.

Suffian pada sidang akhbar perkembangan terkini di lokasi tanah runtuh di Batang Kali pada Khamis.

 

BATANG KALI - Empat mayat tragedi tanah runtuh di tapak Father's Organic Farm di Jalan Genting, di sini, ditemukan di kedalaman tujuh meter dalam satu khemah pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah berkata, keempat-empat mayat itu ditemui Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bersama empat agensi lain pada jam 11.04 pagi di sektor C (riverside).

"Mayat mangsa ditemui dalam keadaan sempurna dan dipercayai mula mereput.

"Pemeriksaan awal mangsa terdiri daripada satu lelaki dewasa, satu perempuan dewasa dan dua kanak-kanak iaitu lelaki dan perempuan," katanya pada sidang media di lokasi kejadian pada Khamis.

Pasukan operasi mencari dan menyelamat menemui empat mayat di lokasi tanah runtuh di Batang Kali pada Khamis.

Pasukan operasi mencari dan menyelamat menemui empat mayat di lokasi tanah runtuh di Batang Kali pada Khamis.

Bagaimanapun, beliau berkata, identiti kesemua mangsa masih belum dapat dipastikan.  Katanya, kesemua mayat telah dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat.
"Setakat ini kita tidak boleh sahkan lagi identiti keempat-empat mangsa ini sama ada melibatkan ahli keluarga yang sama atau bukan," ujarnya.

Dalam pada itu, Suffian mengesahkan terdapat tiga laporan polis diterima pihaknya setakat ini.

"Satu mayat lelaki yang ditemui pada Rabu juga telah dikenal pasti dan telah dituntut ahli keluarganya," jelasnya.


Kemaskini pada 2022-12-22 14:35:56 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page