Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

'Sebak angkat mayat kanak-kanak'

Oleh AHMAD ISMADI ISMAIL & MUHAMMAD AFHAM RAMLI

Mohamad Taufik

Mohamad Taufik

BATANG KALI - Saat mengangkat mayat kanak-kanak perempuan di kawasan tanah runtuh di Father's Organic Farm, Jalan Genting, Batang Kali, Hulu Selangor pada Selasa lalu telah meninggalkan kesan yang mendalam kepada petugas penyelamat.

Itu detik memilukan yang diharungi anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Mohamad Taufik Aini.
 

"Penemuan mayat kanak-kanak itu ditemui susulan penemuan awal satu beg pakaian dan beg komputer riba.

"Selepas usaha pengorekan tanah terus dilakukan, mayat mangsa dijumpai," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian pada Khamis.

Mohamad Taufik yang berkhidmat di Balai Bomba Setapak berkata, ketika membantu mengangkat dan membawa naik mayat mangsa, perasaannya amat sedih.

Menurutnya, mangsa masih kecil dan mungkin sebaya seperti anaknya.
 

"Ketika saya bersama rakan setugas mengangkat mayat kanak-kanak itu menggunakan stretcher, perasaan amat sedih, sayu...saya terkenang anak sendiri di rumah.

"Saya bersama rakan sepasukan yang lain membantu mengangkat mayat kanak-kanak perempuan itu naik ke dalam kenderaan pacuan empat ronda Toyota Hilux, sebelum dibawa ke hospital," ujarnya.

Pada Selasa, media melaporkan mayat kanak-kanak perempuan yang juga mangsa ke-25 kejadian tanah runtuh ditemui di bawah runtuhan tanah sedalam 17 meter di Sektor C (Riverside).

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor dilaporkan berkata, mangsa ditemui pada jam 10.49 malam di sebalik batu besar selepas tanah runtuh berkenaan dikorek menggunakan jengkaut.


Kemaskini pada 2022-12-23 10:31:43 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page