Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Tapak perkhemahan Father's Organic Farm bukan lokasi kritikal

oleh NAZRIN ZULKAFLI26 Disember 2022 02:03pm

Tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di Batang Kali. - Foto Bernama. (Gambar kecil: Kenyataan media Hisamudin.)

Tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di Batang Kali. - Foto Bernama. (Gambar kecil: Kenyataan media Hisamudin.)

 

SHAH ALAM - Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Malaysia menafikan pihaknya menyenaraikan tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Jalan Batang Kali-Genting Highlands, Hulu Selangor sebagai lokasi kritikal.

Ketua Pengarahnya, Hisamudin Termidi turut menegaskan bahawa skop pemantauan cerun kritikal JMG tertumpu di kawasan penempatan dan cerun-cerun semula jadi yang tidak bertindih fungsi dengan pihak autoriti lain.
 

“Merujuk cerun di kawasan tragedi runtuhan tanah di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Jalan Batang Kali-Genting Highlands, Hulu Selangor adalah tidak tersenarai dalam cerun-cerun kritikal di bawah pemantauan JMG,” katanya dalam satu hantaran pada Isnin.

Beliau membuat kenyataan balas susulan laporan media melaporkan bahawa cerun di kawasan tragedi runtuhan tanah di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Jalan Batang Kali-Genting Highlands, Hulu Selangor antara lokasi kritikal yang dikenal pasti JMG Malaysia.

Pada 16 Disember jam 2.42 pagi, seramai 92 mangsa terlibat dalam insiden tanah runtuh di tapak perkhemahan dengan 31 disahkan maut manakala 61 orang terselamat.

Tambah beliau, berkaitan aspek penempatan baharu atau cadangan pembangunan baharu di lereng bukit atau berhampiran cerun, ia adalah sebahagian komponen dalam kebenaran merancang yang memerlukan penilaian risiko dibuat.

"Bagi risiko yang melibatkan bencana geologi tanah runtuh, pihak pemaju perlu melantik ahli geologi profesional yang berdaftar di bawah Lembaga Ahli Geologi Malaysia membuat penilaian," katanya.


Kemaskini pada 2022-12-27 08:42:57 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page