Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Anggota bomba sebak keluarkan mayat kanak-kanak terakhir

oleh AHMAD ISMADI ISMAIL24 Disember 2022 09:10pm

Mayat terakhir mangsa tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan ditemukan anggota penyelamat pasukan SAR. - Foto Bernama

Mayat terakhir mangsa tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan ditemukan anggota penyelamat pasukan SAR. - Foto Bernama

HULU SELANGOR - Seorang anggota Bomba dan Penyelamat, AG Mohd Nasharudin Awang Nayan sebak apabila mengeluarkan mayat kanak-kanak lelaki yang juga mangsa terakhir tragedi tanah runtuh di Father's Organic Farm, Jalan Genting, Batang Kali, Hulu Selangor pada Sabtu.

AG Mohd Nasharudin berkata, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) tidak menyangka akan menemui mayat tersebut di lereng bukit, memandangkan tumpuan pencarian adalah di atas dan bawah lereng sektor A (Hillview).

"Salah seorang pegawai Bomba dan Penyelamat yang berada di lereng bukit sedang memantau jengkaut, sebelum ternampak air mengalir di lereng bukit itu.

"Beliau telah memanggil saya bersama rakan sepasukan untuk menggali kawasan itu dengan menggunakan penyodok dengan cangkul," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian pada Sabtu.

AG Mohd Nasharudin yang juga anggota Bomba dari Balai Bomba Petaling Jaya berkata, pasukan SAR kemudian terjumpa beg tidur pada kedalaman tanah 1.5 meter pada jam 4.53 petang tadi.

"Kami berasa sebak dan lega apabila terjumpa mayat kanak-kanak itu lengkap berpakaian dalam keadaan sempurna, namun sudah mula mereput," katanya.

AG Mohd Nasharudin
AG Mohd Nasharudin


Kemaskini pada 2022-12-27 08:55:20 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page