Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Tanah runtuh: Anggota APM berdepan cabaran internet lemah

Muhammad Nur Firdaus (kanan) bergambar bersama Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah.
Muhammad Nur Firdaus (kanan) bergambar bersama Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah.
 

BATANG KALI - Masalah capaian internet yang lemah turut menjadi cabaran kepada pasukan Angkatan Pertahanan Awam (APM) yang terlibat pada hari pertama operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya, di sini, pada 16 Disember lalu.

Berkongsi pengalaman, anggota APM, Muhammad Nur Firdaus Ilias, 35, berkata, beliau ditugaskan untuk menghantar laporan beserta gambar melalui aplikasi WhatsApp berkaitan perkembangan terkini di lokasi kejadian kepada pusat kawalan dan pegawai APM.

"Disebabkan masalah capaian internet yang lemah di kawasan itu, pusat kawalan dan pegawai APM lambat menerima laporan berkaitan tragedi tanah runtuh yang telah dihantar," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.

Muhammad Nur Firdaus, masalah isyarat talian telekomunikasi di kawsan itu juga turut menyukarkan anggota APM menghubungi antara satu sama lain."Mujur ada anggota yang membawa alat komunikasi radio frequensi VHF dan Government Integrated Radio Network (GIRN) untuk membantu operasi SAR, " katanya.Bagaimanapun, Muhammad Nur Firdaus turut berterima kasih kepada Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil yang berjaya menyelesaikan masalah capaian internet yang lemah di lokasi kejadian.

"Pada 17 Disember lalu, saya melihat para petugas dari pelbagai syarikat telekomunikasi telah memasang alat pemancar," katanya.Muhammad Nur Firdaus mengimbau kembali detik awal tragedi tanah runtuh itu berkata, beliau menerima panggilan berkaitan tragedi itu daripada alat komunikasi radio frequensi VHF APM pada jam 2.30 pagi.

"Pada ketika itu, saya berada di rumah di Kajang, saya bergegas ke lokasi kejadian setelah menerima panggilan tersebut," katanya.Muhammad Nur Firdaus yang juga anggota Unit Teknikal Komunikasi APM berkata, beliau tiba di lokasi kejadian pada jam 3.30 pagi.

"Keadaan pada ketika itu agak gelap, saya terdengar jeritan mangsa meminta tolong serta tangisan mereka," katanya.Beliau berkata, antara pasukan yang awal tiba di lokasi kejadian adalah anggota dan pegawai bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat serta anggota APM Hulu Selangor.

"Anggota pasukan penyelamat telah mengeluarkan beberapa mangsa dari kawasan tanah runtuh tersebut untuk ke tempat yang lebih selamat," ujarnya.Muhammad Nur Firdaus berkata, beliau bertugas di lokasi kejadian selama 10 hari bagi memastikan alat telekomunikasi APM berfungsi dengan baik.

"Saya hanya pulang ke rumah untuk membersihkan diri dan kembali semula bertugas di Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) APM di lokasi kejadian," katanya.Muhammad Nur Firdaus berkata, beliau berasa sebak apabila terdengar rakan setugas memaklumkan melalui alat telekomunikasi APM berhubung penemuan mayat terakhir tragedi tanah runtuh itu.

"Sepanjang tempoh 10 tahun saya berkhidmat dengan APM, ini merupakan operasi SAR membabitkan mangsa paling banyak terkorban," katanya.Pada 16 Disember lalu, seramai 92 mangsa terlibat dalam tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan itu.Seramai 61 daripada mereka terselamat, manakala 31 terkorban, membabitkan 18 individu dewasa dan 13 kanak-kanak.
Sumber : Sinar Harian


Kemaskini pada 2022-12-28 08:16:29 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page