Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Polis siasat dakwaan individu guna barang mangsa tanah runtuh

oleh MUHAMMAD AMINNURALIFF01 Januari 2023  Sumber Sinar Harian

No Image Caption

 

HULU SELANGOR - Polis menyiasat dakwaan berkaitan individu tidak bertanggungjawab yang dipercayai menggunakan kad Touch N Go milik mangsa tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Batang Kali.

Dakwaan tersebut tular menerusi satu hantaran dipercayai dimuat naik oleh ahli keluarga mangsa tragedi tersebut.Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah berkata, dua laporan polis diterima berkaitan perkara tersebut."Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

Katanya, orang ramai diminta tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian."Jangan menularkan sebarang perkara yang belum dipastikan kesahihan dan merujuk kepada polis atau pihak berkuasa bagi mendapatkan maklumat tepat."Ahli keluarga mangsa juga dinasihatkan agar menghubungi polis sekiranya mempunyai isu berkaitan kehilangan barang milik mangsa," katanya.


Kemaskini pada 2023-01-03 07:42:46 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page