Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Dua lelaki Orang Asli maut dalam kemalangan

oleh MUHAMMAD AMINNURALIFF Sumber Sinar Harian
Dua lelaki Orang Asli maut setelah motosikal yang dinaiki bertembung dengan kereta dalam kemalangan di Kilometer 18 Jalan Rasa- Bukit Beruntung, pagi Ahad.Dua lelaki Orang Asli maut setelah motosikal yang dinaiki bertembung dengan kereta dalam kemalangan di Kilometer 18 Jalan Rasa- Bukit Beruntung, pagi Ahad.

 

HULU SELANGOR - Dua lelaki Orang Asli maut apabila motosikal yang dinaiki bertembung dengan kereta dalam kemalangan di Kilometer 18, Jalan Rasa-Bukit Beruntung, di sini kira-kira jam 7.15 pagi Ahad.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah berkata, kedua mangsa berumur 34 dan 35 tahun itu dipercayai dalam perjalanan dari Bukit Beruntung menghala ke Batang Kali.

Katanya, kedua-dua mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan kaki serta disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian."Mayat kedua mangsa dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk proses bedah siasat."Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.


Kemaskini pada 2023-01-03 07:44:53 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page