Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Usaha hidupkan amalan baca al-Quran di sekolah

Muhammad Nasir bergambar bersama warga kerja SK Tanjong Malim pada Majlis Tautan Kasih Untaian Mesra anjuran Bakes di Bukit Beruntung Golf & Country Club pada Ahad.
Muhammad Nasir bergambar bersama warga kerja SK Tanjong Malim pada Majlis Tautan Kasih Untaian Mesra anjuran Bakes di Bukit Beruntung Golf & Country Club pada Ahad.

 

HULU SELANGOR - Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjong Malim hasrat menerapkan program kerohanian di sekolah dengan menghidupkan bacaan al-Quran dalam kalangan guru dan pelajarnya.Guru Besar SK Tanjong Malim, Azuraniza Abu Samah, pihaknya tertarik dengan usaha Kumpulan Karangkraf yang memupuk bacaan al-Quran dalam kalangan kakitangan syarikat dan berpandangan program sama boleh diperluas di peringkat sekolah.Menurutnya, perkara tersebut akan dibincangkan bersama barisan pentadbir sekolah dan guru-guru untuk mencari masa melaksanakan program berkenaan."Mungkin dalam sehari, kita ambil satu masa seperti awal pagi untuk membaca al-Quran sekurang-kurangnya satu muka surat."Sebelum ini, pihak sekolah ada juga buat program bacaan Yasin setiap Jumaat. Kita akan perluas pula kepada bacaan al-Quran untuk tambahkan lagi program kerohanian," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Tautan Kasih Untaian Mesra anjuran Badan Kebajikan Guru dan Staf (Bakes) di Bukit Beruntung Golf & Country Club di sini pada Ahad.Program meraikan pencapaian 76 guru dan 13 kakitangan SK Tanjong Malim itu turut dihadiri Penasihat Bersama Kumpulan karangkraf, Datuk Muhammad Nasir Hamzah.Azuraniza berkata, pihak sekolah perlu mempergiatkan lagi aktiviti keagamaan memandangkan 98 peratus adalah murid Islam selain telah disediakan kemudahan surau yang luas serta selesa.

"Tidak semua murid ini lancar membaca al-Quran, kadang kala iqra pun tak dapat baca walaupun sudah Darjah Enam."Saya sudah berbincang dengan guru panitia Pendidikan Islam supaya dirancakkan lagi pelaksanaan dan aktiviti berkenaan bacaan al-Quran ini dengan sasaran mereka boleh khatam sebelum melangkah ke Tingkatan Satu," katanya.Dalam pada itu, Muhammad Nasir berkata, Karangkraf menerusi Rumah Ngaji bersedia memberikan kerjasama dalam usaha membangunkan dan menghidupkan al-Quran dalam masyarakat.

"Kita bersedia dalam bidang membangunkan pembelajaran al-Quran bukan hanya di peringkat murid tetapi juga pendidik sekolah."Menerusi Rumah Ngaji, kita menyediakan kursus membaca al-Quran dengan betul dan bersedia melaksanakan seminar al-Quran untuk memperluas budaya al-Quran dalam jiwa murid dan guru," katanya.Katanya, pembelajaran al-Quran dari peringkat akar umbi penting dalam melahirkan generasi berilmu dan berakhlak tinggi.Muhammad Nasir (tiga dari kiri) dan Azuraniza (tiga dari kanan) meraikan hari jadi ahli Bakes yang lahir pada bulan September dan Oktober.
Majlis Tautan Kasih Untaian Mesra anjuran Bakes diserikan penyampaian anugerah khas guru besar di samping sambutan hari jadi secara beramai-ramai serta cabutan hadiah bertuah.Ia merupakan program tahunan sekolah yang berusia 128 tahun bagi menghargai jasa warga pendidik atas pencapaian melahirkan pelajar yang berjaya dalam pelbagai bidang termasuk guru dan pemimpin.alam pencapaian kokurikulum, SK Tanjong Malim menyertai pertandingan pantun di peringkat kebangsaan selain turut menghantar penyertaan bagi pertandingan bercerita dan deklamasi sajak serta aktif dalam sukan bola sepak.

Sumber : Sinar Harian

 


Kemaskini pada 2023-01-16 08:17:47 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page